Friday, July 15, 2011

CINTA

Ketahuilah wahai hambaNYA,bahawa cinta kepada Allah swt adalah tujuan utama daripada pelbagai macam kedudukan. Setelah mengenal cinta,maka akan muncul perasaan lain iaitu kerinduan,rasa tenang dan redha. 

Umat Islam sudah diperjelaskan bahawa cinta kepada Allah swt dan Rasul-Nya saw merupakan kewajipan. Di antara dalil yang menjadi saksi tentang cinta ini adalah firman Allah swt :“Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54).

Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadis yang menerangkan tentang erti cinta kepada Allah swt dan timbal balik dalam cinta itu. Dalam hadith sahih disebutkan bahawa ada seorang lelaki bertanya tentang hari kiamat kepada Rasulullah saw. Baginda kembali bertanya: ‘Apakah yang sudah kamu siapkan untuk menghadapinya?’ Orang itu menjawab: ‘Wahai Rasulullah, aku tidak bersiap-siap untuk menghadapinya dengan banyaknya solat dan puasa, hanya aku mencintai Allah swt dan Rasul-Nya.’ Lalu Nabi saw bersabda: ‘Seseorang itu bersama orang yang dicintainya dan kamu bersama orang yang kamu cintai.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim).

Kesimpulannya, kesempurnaan dan ketakwaan seseorang hamba Allah swt itu adalah mengakui ketinggian cinta terhadapNYA. Oleh itu,Allah swt -lah yang selayaknya mendapatkan cinta sejati...Wallahu'alam...?